Maxis, KLCC
& Measat hanyalah 3 dari sejumlah besar projek yang melibatkan beliau. T. Ananda
Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa syarikat awam lain.
Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun 2003, beliau adalah individu
terkaya di Malaysia. T. ANANDA
Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa syarikat awam lain.
Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun 2003, beliau adalah individu
terkaya di Malaysia.
Kejayaan
Beliau adalah
Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memiliki 70 peratus saham Usaha
Tegas. Beliau juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam
Binariang Satellites Systems atau BSS.
Aspirasinya
adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat
media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Systems beliau memiliki dua
buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43 peratus pegangan dalam KLCC
Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan
memperoleh RM1.2 bilion.
Usaha Tegas
Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus
kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam
Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham
Powertek Bhd.
Beliau juga
mempunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan.
Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 peratus kepentingan. Syarikat filem yang
berpusat di Hong Kong, iaitu Celestial Pictures Ltd. dengan 100 peratus
kepentingan. Kepentingan Ananda Krishnan dalam Celestial Pictures Ltd. dibeli
daripada Shaw Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM292.6 juta.
Dua buah
syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara enam buah syarikat
yang diberikan hak menggali minyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001.
Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad diperoleh melalui Objektif Bersatu Sdn.
Bhd., iaitu syarikat yang dibeli dengan usahawan bernama Wan Ariff Wan Hamzah.
Projek-projek
yang menyumbang kepada kekayaan
Antara projek
yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan adalah projek pembangunan KLCC
iaitu usaha sama di antara Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas.
Melalui
pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai kepentingan
dalam industri hiburan seperti dalam Tanjong Golden Village Cinemas. Kedua-dua
Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing mempunyai permodalan pasaran
sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.2 bilion. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta
pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.
Perkhidmatan TV
Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan,
Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000
orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM4
bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan
monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017.
Perniagaan di
luar negara
Ananda Krishnan
mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri
Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga dikatakan memiliki dua buah
studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga
memiliki ladang pembakaan kuda di Australia. Selain itu, AK juga memiliki
kepentingan dalam TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Pendidikan
Ananda Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka.
Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur.
Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne bagi
mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat sarjana
pula, beliau melanjutkan pengajiannya ke Harvard University, Amerika Syarikat
pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran perniagaan. Selepas mendapat
ijazah sarjananya, beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan minyak dan
gas.
Keistimewaan
Ananda Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan
peluang perniagaan yang muncul. Kebijaksanaannya terserlah lagi kerana apabila
Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas masih tinggi, iaitu
pada kadar 80 peratus.
Sumbangan
Ananda Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan
kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM160 juta kepada
beberapa dana pendidikan di Malaysia.
Syarikat yang menyumbang dengan jumlah RM160 juta itu adalah Maxis
Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn.
Bhd. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara.
Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya
Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga
diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai
kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual apabila perlu.
Dana Harapan Nusantara juga melaksanakan pelbagai projek. Antaranya adalah
projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara
melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.
Mulai tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai
program itu. Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan
profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai program pendidikan
eksekutif di Harvard Business School.
Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25
juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam
pelbagai bidang.
Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang
diperuntukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional
Cina di Universiti Tun Abdul Razak.
Usaha Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan,
Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula
secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun Abdul
Razak.
0 comments